Perkhidmatan bumbung & kalis air
Kami periksa bumbung yang bocor atau usang di seluruh Semenanjung Malaysia secara percuma, cari punca sebenar dan beri sebut harga di tempat. Kos baiki bocor kecil biasanya RM350–RM1,800; kalis air membran RM7–RM9 sekaki persegi dengan jaminan 10 tahun; tukar bumbung penuh dari RM14 sekaki persegi. Kerja dilaksanakan oleh rakan pemasangan berdaftar CIDB kami dengan 100+ pasukan tapak.















Anggaran harga (2026)
| Kerja | Julat harga | Jaminan |
|---|---|---|
| Baiki bumbung bocor kecil (kedap semula genting, perabung, flashing, kawasan kecil) | RM350 – RM1,800 | Sehingga 1 tahun (kerja) |
| Salutan seramik / kalis panas | ~RM6 / kaki persegi (1,400 kps ≈ RM8,400) | 5 tahun |
| Membran kalis air cecair atau torch-on (bumbung rata, slab, porch kereta) | RM7 – RM9 / kaki persegi | 10 tahun |
| Bumbung metal deck PU foam (ganti genting) | RM14 – RM22 / kaki persegi (tidak termasuk kekuda) | 10 tahun |
| Tukar genting konkrit (jenis sama) | RM9 – RM15 / kaki persegi | Disebut harga |
| Kalis air tandas / bilik air semula (termasuk pecah & jubin semula) | RM2,500 – RM6,000 setiap bilik air | 5 tahun |
| Suntikan PU retak dinding | RM25 – RM60 / kaki panjang | 2 tahun |
| Tukar gutter keluli tahan karat / aluminium | RM35 – RM90 / kaki | Disebut harga |
Anggaran harga di Malaysia. Harga tepat disahkan selepas pemeriksaan percuma (reka bentuk bumbung, kecerunan, akses dan kerosakan).